PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA)

Profesor Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi Bin Ghazali, dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bermula 1 Disember 2016. 

Berpengalaman yang luas dalam pengajaran, perundingan, penyelidikan, penerbitan dan pembangunan kurikulum serta pentadbiran universiti. Berkelulusan Sarjana Muda Teknologi Polimer dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1991 dan Sarjana Sains Teknologi Polimer juga dari USM pada tahun 1999.

Seterusnya menyempurnakan pengajian di peringkat Ph.D dalam bidang Materials Engineering dari Universiti Malaysia Perlis pada tahun 2014. Berbekalkan kelayakan akademik yang beliau miliki, beliau telah dilantik sebagai Pembantu Penyelidik di USM selama hampir dua tahun dan seterusnya dilantik sebagai Tutor di School of Industrial Technology & School of Material and Mineral Resources, USM dari tahun 1992 hingga 2003. Beliau dilantik sebagai Pensyarah di School of Materials Engineering, Universiti Malaysia Perlis dari tahun 2003 sehingga 2007.  Berbekalkan kepada perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan oleh beliau, pengurusan UniMAP telah menyerahkan amanah untuk beliau bertindak sebagai Dekan, School of Materials Engineering dari 2007-2009 dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan bermula tahun 2011-2016 .  Diberi kepercayaan yang tinggi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melantik beliau sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) baharu UMT bermula 1 Disember 2016