BAHAGIAN PENTADBIRAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

Fungsi

 Seksyen Pentadbiran dan Kewangan

Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras sistem pentadbiran dan kewangan BPHEPA dan Pusat-Pusat di bawah pentadbiran TNC (HEPA) secara keseluruhan di dalam aspek berikut:

  • Pemerkasaan struktur organisasi.
  • Pengurusan sumber manusia dan perkembangan sahsiah kakitangan.
  • Pematuhan disiplin dan pelaksanaan peraturan pentadbiran.
  • Pengurusan pembiayaan pendidikan pelajar.
  • Pengurusan Tabung Amanah Pelajar dan Belanja Mengurus HEPA.
  • Urusetia Jawatankuasa Sebutharga dan Teknikal HEPA.
  • Pengurusan perhubungan, komunikasi korporat, penerangan dan penerbitan HEPA.
  • Pengurusan Mesyuarat-Mesyuarat Pentadbiran dan Pengurusan HEPA.
  • Bertindak sebagai Setiausaha/Urusetia Jawatankuasa-Jawatankuasa Adhoc
  • Pengurusan aduan pelajar.
  • Pengurusan insuran pelajar.
  • Urusetia Aset HEPA.

 

Seksyen Perhubungan Alumni

  • Merancang dan menjalankan program atau aktiviti kesedaran mengenai pembudayaan Alumni kepada Bakal Alumni serta program atau aktiviti yang membentuk hubungan mesra sesama Alumni UMT kepada alma mater.
  • Melaksanakan pelbagai Projek Khas Alumni seperti Homecoming Alumni dan Survival Laut Alumni berdasarkan keperluan semasa dalam menyokong pembangunan alma mater.
  • Mengemaskini dan memantau pangkalan data Alumni melalui Sistem Maklumat Alumni.
  • Memantau pengurusan organisasi Alumni seperti Persatuan Alumni UMT dan penyelaras Alumni di setiap pusat pengajian.
  • Memantau dan menyelaras perbelanjaan organisasi Alumni yang diperuntukan melalui Tabung Alumni.