Hal Ehwal Pelajar dan Alumni | UMT

Malaysia Polycc International Orienteering Championship 2023 : Pengalaman Berharga Untuk Atlet UMT

𝐊𝐮𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 – Penyertaan julung kalinya atlet orienteering UMT pada kejohanan bertaraf antarabangsa amat membanggakan setelah berjaya menamatkan saingan dengan menduduki ranking ke 46 dalam kategori 𝑺𝒑𝒓𝒊𝒏𝒕 𝑶𝒓𝒊𝒆𝒏𝒕𝒆𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑾𝒐𝒓𝒍𝒅 𝑹𝒂𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 – 𝑴𝑬𝑵 pada 12-14 Mei yang lalu.

Dengan jalinan utuh serta khidmat kepakaran kejurulatihan dari Persatuan Sukan Orienteering Negeri Terengganu – PSOT , UMT mempertaruhkan saudara Raden Hilmi Raden Azlane (Fakulti Pengajian Maritim UMT) dan saudara Mohamad Zharfan Mohamad Kamal (Fakulti Perikanan dan Sains Makanan – FPSM UMT) bagi menggalas cabaran edisi kali ini yang turut disertai oleh atlet-atlet dari negara Indonesia, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Switzerland dan Great Britain . “Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pengurusan Pusat Sukan dan Rekreasi UMT serta pihak fakulti kerana memberi peluang untuk menimba pengalaman yang amat berharga ini” ujar mereka.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) mendapat perkenan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyempurnakan majlis perasmian penutup yang diadakan di Padang Hoki, Kompleks Majlis Sukan Pahang.