Lawatan dimulakan dengan YB. Datuk menaiki Kapal RV Discovery UMT belayar sambil diberikan penerangan mengenai kapal oleh Kapten Kapal. Seterusnya diadakan pelepasan Kontinjen Pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mewakili Malaysia untuk FISU World University Championship Densenzano, Italy yang berlangsung di perkarangan jeti Duyong Marina & Resort.
Dalam kejohanan FISU World University yang bakal berlangsung pada 4-11 Jun depan, UMT akan menghantar seramai 6 orang pelajar sebagai satu pasukan di bawah bimbingan Pengarah Pusat Latihan Pelayaran UMT, Mohd Hafizi Said.
Kementerian Pendidikan Tinggi turut menyumbang RM10,000.00 kepada Pasukan Pelayaran UMT bagi menampung perbelanjaan di Itali nanti. Turut hadir, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UMT dan Pegawai-Pegawai Utama dan Kanan UMT.








