KARNIVAL SILAT KEBANGSAAN 2023 (KSK23)
Tahniah diucapkan kepada Nur Hidayah Binti Ali, Mohamad Hussairie Bin Zamri, Noramirah Syahirah Binti Abdullah dan Nur Syafiqah Natasya Binti Mohamad Salleh daripada Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial ( FPEPS) kerana telah dilantik sebagai Wasit Juri di Karnival Silat Kebangsaan 2023 yang telah berlangsung pada 14 hingga 17 Disember 2023 di Stadium Tertutup Terengganu.
Semoga dengan penglibatan ini dapat menambahkan lagi pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam wasit juri dan juga dapat melahirkan lebih ramai pelajar UMT menggiatkan diri dalam pengkhususan wasit juri.
