Pasukan Badminton UMT masih mampu mencabar dan menunjukkan kecemerlangan di Kejohanan Badminton Maksak Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan pada 9 September 2023 di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Pasukan Badminton UMT berjaya membawa pulang 3 pingat gangsa melalui acara bergu lelaki, bergu wanita dan perseorangan wanita. En.Mohd Fadzli bin Badaudin juga dipilih sebagai jurulatih pasukan badminton negeri terengganu untuk ke Kejohanan Maksak peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 19-21 Oktober 2023 di Kelantan.


