Tahniah kepada Saudara Adam Ramdzan Bin Razali, pelajar Asasi STEM – UMT yang berjaya dinobatkan sebagai Juara Kebangsaan U23 dalam Kejohanan Berbasikal Jalanraya Remaja Kebangsaan 2024 di Kuala Kubu Selangor pada 8 & 9 Mac 2024.
Saudara Adam juga merupakan atlet berbasikal SUKMA dan mewakili negeri Terengganu di kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negara.
