Atlet Dart UMT Terpilih Ke kejohanan Dart MAKSAK Kebangsaan

Oleh : Siti Zainab bin Mat Zin

Setiap tahun atlet staf Dart UMT pasti akan pulang dengan kejayaan di Kejohanan MAKSAK Peringkat Negeri Terengganu. Kejayaan awal bagi tahun 2020 untuk Dart UMT adalah saudari Nur Alya binti Mamat yang menyertai acara individu telah merangkul tempat kedua dalam acara tersebut sekaligus melayakkan Alya mewakili Pasukan Terengganu ke peringkat kebangsaan nanti. Sementara saudari Wan Nurhafizah hanya layak di peringkat suku akhir sahaya.

Di kejohanan kali ini, UMT telah menghantar 4 pasukan bagi kategori lelaki dan 6 wanita bagi kategori individu. Sebanyak 38 pasukan dari pelbagai agensi telah menyertai kejohanan pada kali ini. Untuk kategori pasukan, UMT berada di kedudukan Top 32.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


Tempoh pengesahan reCAPTCHA telah tamat. Sila muat semula halaman.

ms_MYMS