4 PINGAT GANGSA BERJAYA DIGONDOL OLEH ATLET RENANG UMT DI KEJOHANAN VARSITY SWIMMING CHALLENGE 2024
Tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet-atlet pasukan Renang UMT atas kejayaan memenangi 4 pingat gangsa di Kejohanan “Varsity Swimming Challenge 2024” yang berlangsung selama 2 hari bermula 01 – 02 Mei 2024 di Kolam Renang TAR UMT, Setapak Kuala Lumpur.
4 pingat Gangsa yang diperoleh adalah melalui acara 400 M Freestyle Lelaki, 400 M Freestyle Wanita, 4×100 M Freestyle Relay Lelaki, dan 4×100 M Freestyle Relay Campuran.
Semoga pasukan Renang UMT terus cemerlang di kejohanan-kejohanan yang akan datang.



