Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Covid-19 dilaksanakan di Malaysia, Bahagian dan Rekreasi UMT berjaya menjalankan beberapa program di kampus UMT.
Antara aktiviti dan program yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi dan Pusat Komunikasi Korporat adalah Program Stay Fit@Home pada tarikh 16 April 2020. Program ini dijalankan dengan kerjasama Prof.Madya Zulkifli Abd Kadir, Pensyarah Sains Sukan UITM Shah Alam.
Program ke 2 yang dijalankan adalah pada tarikh 21 April 2020, iaitu Program Lower Body Massage yang dijalankan bersama En.Hafizudin Bin Mohamad, Pembantu Belia dan Sukan UMT.
Seterusnya pada bulan Ramadhan juga, 2 aktiviti berjaya dilaksanakan dengan penganjuran program Adventure Based Program Sebagai Katalis New Normal yang dilaksanakan bersama Prof.Dr.Md Amin Bin Md Taff, Timbalan Naib Canselor HEPA UPSI dan juga Program ‘’Nak Makan Apa Hari Ini’’ bersama En.Mohd Izham Bin Mohamad, Pakar Pemakanan Sukan ISN
Program yang dijalankan melalui aplikasi Webex ini berjaya mencapai sasaran dengan ditonton oleh warga pelajar dan juga warga staf UMT.
Bahagian Sukan dan Rekreasi juga menganjurkan 1 Pertandingan Video Senaman ‘’ Fitness Stay At Home’’ .Pertandingan ini diuruskan oleh Majlis Perwakilan Pelajar semasa PKP Fasa 1 dan fasa 2. Bahagian Sukan dan Rekreasi membantu dari segi hebahan.
2 orang Staf Bahagian Sukan dan Rekreasi juga terlibat sebagai hos jemputan dalam beberapa program secara langsung di TV UMT dan Live Facebook UMT.
Seramai 6 orang Pegawai dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan telah dilantik dan terlibat sebagai Pegawai Pengiring penghantaran pulang pelajar yang terkandas di kampus ke kampung halaman masing-masing. Penugasan penghantaran pulang ke seluruh Malaysia bermula pada 2 Mei 2020 sehingga 26 Mei 2020.
Disediakan Oleh
Bahagian Sukan dan Rekreasi
Pusat Pembangunan dan Holistik Pelajar