15 Mei 2024, Rabu – Kehangatan Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2024 kian terasa selepas salah satu prakarsa SAF24 iaitu Bengkel Pengurusan Acara dan Teknikal Sukan Antara Fakulti (SAF) 2024 telah diadakan pada 14-15 Mei 2024 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Sukan Pelajar (MSP) dengan kerjasama Pusat Sukan dan Rekreasi, HEPA bertempat di Dewan Al-Falah Kolej Kediaman UMT.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kira-kira 50 orang mahasiswa (sukarelawan dan teknikal kejohanan) berkaitan pengurusan acara, kejohanan dan teknikal dalam kejohanan SAF24 yang bakal berlangsung pada 17-18 Mei (Fasa 1) dan 23-25 Mei (Fasa 2).
Bengkel ini dirasmikan oleh Pn. Siti Noriam binti Yaakob, Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi pada 14 Mei 2024 dan turut dihadiri oleh semua penyelaras sukan dari Pusat Sukan dan Rekreasi yang menjadi penasihat teknikal sukan dalam kejohanan ini.
Semoga ikhtiar ini dapat memberi seribu satu pengalaman dan pembelajaran (soft skills) yang berguna sebagai nilai tambah kepada mahasiswa yang akan terlibat seterusnya memartabatkan mahasiswa ke arah melahirkan nakhoda gemilang.



