BIZ CONSULT 3.0 TINGKATKAN KEMAHIRAN USAHAWAN SISWA

Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), HEPA telah mengadakan satu Program Business Consultant 3.0 (Biz_Consult 3.0): Professional Learning Facilitator (PLF). Program ini merupakan program kesinambungan daripada Biz_Consult 1.0 dan Biz_Consult 2.0. Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan siswa yang mempunyai kemahiran menjadi konsultan dan menyampaikan ilmu tersebut kepada warga kampus dan komuniti serta memenuhi keperluan industri. Selain itu, melahirkan usahawan muda yang mempunyai kelayakan profesional dalam industri latihan dan mempunyai kemahiran sebagai konsultan dengan mengaplikasikan teknik penyampaian dan modul pembelajaran abad ke 21 yang betul.

Antara ilmu yang menarik yang telah diperolehi daripada program ini antaranya fokus dan sedar dengan diri sendiri – Pembelajaran berkaitan kesedaran mengenai segala pergerakan agar selari dengan apa yang ingin disampaikan, teknik membina modul pembelajaran abad Ke 21 – Pembelajaran mengenai kepentingan pembangunan modul agar segala yang dikongsikan dan diperkatakan mengikut ‘flow’ yang teratur, teknik penyampaian yang ‘fun’ dan ada pembelajarannya – pembelajaran mengenai kepentingan penyampaian secara interaktif dan efektif kerana zaman sekarang cara penyampaian yang interaktif dan efektif hendaklah ditambah dengan unsur ‘fun’ serta ada pembelajaran yang didapati melalui ‘experiantal learning’ dan ‘learning by doing’, bagaimana menjadikan industri latihan sebagai kerjaya – pengasas PLF iaitu Mohd Rizal Bin Hassan iaitu penceramah telah berkongsi cara beliau menjadikan industri ini sebagai kerjaya beliau melebihi 10 tahun.

Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang dengan lancar dan jayanya.

ms_MYMS