Hal Ehwal Pelajar dan Alumni | UMT

Logo-Hepa-UMT
Selamat Datang ke mini site

PUSAT KEUSAHAWAN KERJAYA

Pusat Keusahawanan Dan Kerjaya (CEC)

Pengenalan Pusat Keusahawanan dan Kerjaya

CEC menyediakan peluang latihan, bimbingan dan sokongan untuk melahirkan siswazah yang mempunyai pemikiran, atribut dan nilai-nilai keusahawanan.

Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) ditubuhkan untuk menjadi platform kepada mahasiswa/i UMT di dalam melahirkan usahawan yang berasaskan pengetahuan melalui pendidikan, program pembudayaan, pembangunan dan pengukuhan keusahawanan yang terancang dan holistik. Pusat ini juga menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan sebagai pusat perundingan, penyelidikan dalam bidang keusahawanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Untuk melaksanakan tugas tersebut dengan lebih efektif dan berkesan, pusat ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Keusahawanan, dan Bahagian Kerjaya. 

Baca kata aluan Pengarah CEC UMT

Kata Aluan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh / Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Website Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC). Semoga dengan adanya wajah baharu ini akan dapat memberikan sedikit sebanyak informasi yang dapat digunakan oleh kakitangan akademik khususnya dan semua pengunjung amnya.

Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) adalah pusat yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan pembangunan keusahawanan dan kerjaya dan merupakan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang di tempatkan di bawah penstrukturan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

Secara ringkasnya, fungsi CEC menyediakan peluang latihan, bimbingan dan sokongan untuk melahirkan siswazah yang mempunyai pemikiran, atribut dan nilai-nilai keusahawanan.

Di samping itu juga, CEC bertanggungjawab melaksanakan program yang meningkatkan kesedaran dan memberi pendedahan serta penasihatan kerjaya untuk melahirkan siswazah yang berkebolehpasaran tinggi.

Akhir kata, CEC mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Universiti yang memberi kepercayaan kepada CEC untuk merancang, melaksanakan hasrat dan halatuju keusahawanan dan kerjaya universiti, seiring dengan usaha menghasilkan produk keusahawanan dan kerjaya yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

OBJEKTIF

Menjadi pusat rujukan utama dalam aspek pembangunan keusahawanan dan kerjaya.

  • Menyokong ekosistem keusahawanan universiti dan pembangunan kerjaya yang mampu melahirkan graduan berminda keusahawanan serta berkebolehpasaran tinggi.

  • Menyediakan penasihatan kerjaya, sumber maklumat dan program-program yang mampu meningkatkan Kebolehpasaran Graduan (GE).

VIDEO PENGENALAN PUSAT KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA (CEC)

Sejarah

Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) ditubuhkan untuk menjadi platform kepada mahasiswa/i UMT di dalam melahirkan usahawan yang berasaskan pengetahuan melalui pendidikan, program pembudayaan, pembangunan dan pengukuhan keusahawanan yang terancang dan holistik. Pusat ini juga menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan sebagai pusat perundingan, penyelidikan dalam bidang keusahawanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Perkhidmatan

Perkhidmatan
Keusahawan dan Kerjaya

Dibawah ini kami senaraikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak CEC

KEUSAHAWANAN
#UMTJOBCREATOR

  • Menyediakan peluang dan ruang perniagaan dalam kampus dan khidmat nasihat perniagaan.
  • Menganjurkan program yang memberi pengiktirafan kepada pelajar dan alumni yang cemerlang dari segi aspek keusahawanan.
  • Menganjurkan program yang memberi pengiktirafan kepada pelajar dan alumni yang cemerlang dari segi aspek keusahawanan.
  • Menjadi platform kepada mahasiswa/i UMT yang ingin memulakan perniagaan dengan Koperasi Mahasiswa UMT Berhad (KOSISWA).

Untuk keterangan lanjut mengenai pentadbiran CEC dan program-program keusahawanan boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab iaitu:

01-Gambar-CEC- Cik Aaminah Azhar
Cik Aaminah binti Azhar Penolong Pendaftar
Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu

KERJAYA
#UMESTIKERJA

  • Menyelaraskan program kerjaya dan kemahiran graduan bersama fakulti.
  • Menyediakan dan memantapkan program / latihan/ aktiviti bagi melengkapkan pengetahuan dan kemahiran graduan mengikut keperluan majikan.
  • Menyelaras dan menyediakan khidmat nasihat kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke dunia kerjaya.

Untuk keterangan lanjut mengenai program-program kerjaya boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab iaitu:

01-Muhamad-Syahril-Hafiz
En. Muhamad Syahril Hafiz Bin Ahmad Halim Pegawai Psikologi
Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu

Badan
#CECGroups

Lihat kejayaan dan pencapaian CEC

Rakan Strategik CEC

Rakan Strategik CEC

  • PERKESO
  • TalentCopr
  • Carrer Cube
  • GradMalaysia
  • CELCOM
  • INSKEN
  • GM Peladang
  • Ledakan Digital
  • FAMA
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysian (LKIM)
  • MDEC
  • Majlis Koperasi Malaysia (MKN)
  • SMECORP
  • Tekun
  • PUNB
  • Oblong
  • PERSATUAN PEMANDU PELANCONG ALAM SEMULAJADI NEGERI TERENGGANU
  • Wet Station
  • Fatisha Agrofarm Sdn Bhd.
  • Mashaf Agrotech

Lihat kejayaan dan pencapaian CEC

Data
CEC, Penting,Ready4Work, Kebolehpasaran, Fasiliti, Keusahawanan

Setiap gerak kerja akan mempunyai pencapaian dan data tertentu. Kami di CEC tidak terlepas dari data-data tersebut. Di antara data-data penting yang berjaya kami kumpulkan adalah seperti Pelaporan Keusahawanan, Fasiliti Keusahwanan, Peratus Kebolehpasaran Graduan dan Pelaporan Ready4Work.

8582

Mendapat pendedahan keusahawanan 2020*

82

Status yang mendapat pekerjaan selepas konvokesyen*

Carta

Senarai carta organisasi pengurusan CEC

PEGAWAI PUSAT KEUSAHAWANAN & KERJAYA (CEC), HEPA

Prof Madya Dr. Azizul Yadi Bin Yaakop

Pengarah

____@umt.edu.my
09- 668 5146

Pn. Siti Fatimah @ Noni Binti Mat

Setiausaha Pejabat

noni@umt.edu.my
09 - 668 4514

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

Cik Aaminah Binti Azhar

Penolong Pendaftar

aaminah.azhar@umt.edu.my
09 - 668 4522

En. Abdullah Bin Wan Jaapa

​Penolong Pegawai Tadbir

abdullah.jaapa@umt.edu.my
09 - 668 4422

Noor Azlina-Mohd-Sobri

Pn. Noor Azlina Binti Mohd Sobri

Pembantu Tadbir

azlinasobri@umt.edu.my
09 - 668 4575

En. Mohd Fazli Bin Latif

Pembantu Operasi

lie@umt.edu.my
​09 - 668 4575

BAHAGIAN KEUSAHAWANAN

Cik Aaminah Binti Azhar

Penolong Pendaftar

aaminah.azhar@umt.edu.my
09 - 668 4522

Wan-Mohamad-Amirul-Hafiz

En. Wan Mohamad Amirul Hafiz ​Bin Wan Abu Bakar

Penolong Pegawai Tadbir

wan.amirul@umt.edu.my
09 - 668 4575

BAHAGIAN KERJAYA

En. Muhamad Syahril Hafiz ​Bin Ahmad Halim

Pegawai Psikologi

syahrilhafiz@umt.edu.my
09 - 668 4828

Mohd-Affandy

En. Mohd Affandy ​Bin Mohd Zahari

Penolong Pegawai Psikologi

affandy_mz@umt.edu.my
09 - 668 4873

Pn. Nur Naha Rusyda Bt Azmi

Pembantu Tadbir

naha.rusyda@umt.edu.my
09 - 668 4575

Dapatkan
CEC Di Sini

Muat turun Berita dan aktiviti terkini dari kami di dalam Buletin CEC 

Hubungi

Terdapat sebarang pertanyaan? hubungi kami di talian yang tertera.
Lokasi

Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC),
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)
Aras 1, Kompleks Siswa,
Universiti Malaysia Terengganu,
21030 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman.

Hubungi Kami
Waktu Pejabat
09:28 pm
March 30, 2023
Ahad 08:00 AM - 04:45 PM
Isnin 08:00 AM - 04:45 PM
Selasa 08:00 AM - 04:45 PM
Rabu 08:00 AM - 04:45 PM
Khamis 08:00 AM - 04:30 PM
Jumaat Closed
Sabtu Closed

Pejabat ditutup sila datang pada hari lain.