CELCOM SISWAPRENEUR@GOOGLE BOOTCAMP 2020

Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad dan Google Malaysia telah mengadakan program Celcom Siswapreneur@Google Bootcamp 2020 secara dalam talian bertempat di Bilik Ind-E-Zone, Kompleks Siswa, UMT. Seramai 127 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan staf UMT. Objektif program ini adalah untuk memupuk minat, memperkasa minda keusahawanan dalam kalangan pelajar, membina kemahiran dan bakat bagi melahirkan usahawan digital selaras dengan aspirasi kerajaan yang ingin melahirkan usahawan dalam kalangan graduan dengan memiliki ciri-ciri usahawan digital yang kompetitif dan berjaya.

Pihak Google telah berkongsi modul latihan yang penting seperti asaspermulaan perniagaan, asas pemasaran digital, alatan dalam talian bagi kajian pemasaran dan strategi media sosial bagi perniagaan dengan menggunakan aplikasi GSuite seperti Gmail, Calendar, Meet, Chat, Drive, Docs, Sheets, Slides, Forms, Sites dan Classroom.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


Tempoh pengesahan reCAPTCHA telah tamat. Sila muat semula halaman.

ms_MYMS