



















Pada 5-6 dan 8-9 Oktober 2025, pihak Showmekids Primary telah mengadakan satu lawatan pembelajaran ringkas ke Serambi Niaga Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Rombongan ini terdiri daripada 120 orang pelajar, iaitu daripada Al-Ghazali (P2) dan Al-Bukhari (P2) dan Ibnu Baithar (P2), serta diiringi oleh tiga orang guru pengiring iaitu Cikgu Maisarah, Cikgu Amirun, Cikgu Aida dan Cikgu Umi. Aktiviti lawatan tertumpu kepada penerokaan produk serta suasana perniagaan di Serambi Niaga sebagai pendedahan awal kepada dunia keusahawanan dan persekitaran universiti. Selepas sesi lawatan dan penerangan ringkas oleh pihak pengelola Serambi Niaga. Lawatan ini adalah selama empat hari dan semuanya berjalan lancar dengan bantuan semua pihak cikgu dan UMT.