PROGRAM OCEAN GAME JAM LAUT 2025

  • “Pian Penguin Puzzle Adventure” Ocean Game Jam Laut 2025, TONJOL BAKAT SAINTIS PELAJAR UMT

10 Januari 2025 (Jumaat)
9 pagi – 12.00 tengah hari
Zon/Lokasi : Makmal Komputer 1, FSKM📍

Pelaporan:

Seramai 66 pelajar terlibat dari 3 buah sekolah iaitu:
– Sekolah Sultan Sulaiman
– ⁠Sekolah Sultan Omar Dungun
– ⁠Sekolah SMK Sains Setiu

Program ini berlangsung sekali gus dari 4 tempat berbeza iaitu:

– Kuala Lumpur
– ⁠Sarawak
– ⁠Penang
– ⁠Terengganu

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan kelestarian laut khususnya pada golongan muda dengan menggunakan pendekatan gamifikasi. Program ini adalah kesinambungan bagi program Hackaton GAME JAM WEEKEND pada 29 November 2024 bertempat di Bilik Aktiviti Pelajar, Kompleks Siswa.

Pemenang dari setiap Zon akan membuat pembentangan tentang permainan video masing-masing dan para pelajar akan membuat pengundian untuk mencari permainan yang terbaik. Pemenang yang terpilih akan mewakili Malaysia ke pertandingan Game Jam International yang akan diadakan di Perancis tahun ini.

en_GBEN