ERATKAN KASIH, SANTUNI INSAN 2025

Bersama kasih, kita menyantuni insan!

Majlis Perwakilan Pelajar UMT Sesi 2024/2025 dengan kerjasama HEPA UMT, HEP UM dan Pertubuhan Jejak Jalanan telah berjaya menganjurkan Program Eratkan Kasih, Santuni Insan 2025 di Lembah Klang. Program ini membawa misi kebajikan dengan menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur serta menyumbangkan pakaian terpakai kepada golongan yang memerlukan.

Lebih bermakna, program ini turut dihadiri oleh YBhg. Profesor Dr. Zamri bin Radzi, Timbalan Naib Canselor (HEP) Universiti Malaya dan YBhg. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor HEPA UMT, yang bersama-sama menyantuni insan-insan yang memerlukan.

Selain bantuan makanan dan pakaian, sesi Psychological First Aid (PFA) turut diadakan untuk memberikan sokongan emosi kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup. Tidak ketinggalan, perkhidmatan gunting rambut percuma bagi kanak-kanak gelandangan yang dianjurkan oleh MPP UMT juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan!

Harapan kami agar program seperti ini terus diperluaskan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai insan.

ms_MYMS