Experiential Adaptive Leadership Lab (EAL-LAB) oleh AKEPT dan PSR

Tasik Kenyir – Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Pusat Sukan dan Rekreasi HEP, UMT telah menganjurkan program Experiential Adaptive Leadership Lab (EAL-LAB) melibatkan peserta daripada kepimpinan pelbagai gred dan pangkat di Universiti Awam. Siri Pertama telah selesai pada 24 – 27 September 2020 dan diteruskan dengan siri kedua pada 14-16 Oktober 2022 di Stesen Penyelidikan UMT Pulau Bidong.

Berbeza dengan siri sebelumnya, kali ini Tasik Kenyir dipilih sebagai destinasi terakhir program dengan membawa peserta mengenali dan merasai suasana makan dan bermalam di atas Rumah Rakit (houseboat). Program yang bermula pada 10 -11 Mac 2023 ini disertai oleh 56 orang peserta dan urusetia terdiri daripada wakil AKEPT, Pembangun Modul I-Zawen, Pusat Islam Sultan Mahmud, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPT dan kumpulan Pembangunan Kerangka Penilaian Keberkesanan Latihan Kepimpinan AKEPT (PKPK).

Peserta diberikan pengalaman taklimat tentang Keselamatan di Air dan melakukan aktiviti Keyakinan di Air (water confident) serta berkayak di sekitar Air Terjun Saok. Turut hadir ke program ini ialah Pengarah AKEPT Dato’ Prof. Dr Nasruddin Mohamed dan Timbalan Pengarah AKEPT Prof. Madya Dr. Azila Mohd Sarkawi. Manakala wakil UMT Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain dan Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud Dr.Riswadi Azmi juga turut menjayakan program ini sehingga ke program tamat.

Ketua Pusat Sukan UMT yang juga Ketua Projek EAL-LAB, Pn. Siti Noriam bt Yaakob berharap agar kesemua peserta yang terlibat dalam semua sesi program mendapat satu pengalaman yang berbeza dari aktiviti luar yang lain kerana UMT tetap mengekalkan konsep aktiviti di air adalah aktiviti utama program bagi memperkenalkan universiti di pesisir pantai dan nic UMT dalam bidang kelautan. “Terima kasih saya ucapkan kepada pihak AKEPT juga yang telah memberikan peluang kepada UMT terutamanya Pusat Sukan dan Rekreasi untuk melaksanakan program luar kepada para ilmuan dan kumpulan pemimpin di universiti awam sebagai pelengkap kepada modul kepimpinan yang telah disediakan oleh AKEPT.” ujarnya.

Semoga aktiviti pemantapan fizikal seperti ini diteruskan di masa akan datang

ms_MYMS