HEPA ALU-ALUKAN KEDATANGAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA DAN ASASI STEM SESI 2024/2025KE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mengucapkan selamat datang kepada para pelajar baharu bagi Diploma dan Asasi STEM yang telah selamat mendaftar masuk ke kampus bagi Sesi 2024/2025 pada 21 Julai 2024. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada para pelajar baharu yang bertuah kerana terpilih untuk menyambung pengajian di Universiti Malaysia Terengganu.

Kedatangan mereka turut disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain hari ini. Beliau turut sama-sama meluangkan masa di sesi penyerahan kunci bilik di kaunter Pendaftaran kunci, Kolej Kediaman. Beliau menzahirkan rasa teruja melihat kegembiraan ibu bapa menghantar anak mereka ke UMT. Sesi kemasukan pada hari ini dibuat secara pandu lalu menuju terus ke Kolej Kediaman di mana para pelajar dibenarkan masuk ke bilik bersama ibu bapa bagi merasai suasana dan pengalaman hari pertama bergelar “Mahasiswa UMT”.

Seramai 423 pelajar mula mendaftar masuk hari ini seawal jam 8.30 pagi dengan pecahan 79 pelajar Diploma dan 337 pelajar Asasi STEM  dengan kehadiran  204 orang pelajar lelaki dan 219 orang pelajar perempuan.

Bagi menyambut kedatangan pelajar baharu, pihak HEPA bersama- sama Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat MJM telah giat melakukan persediaan bagi memastikan perjalanan pendaftaran masuk hari ini dan Minggu Jalinan Mesra yang akan berlangsung selama 3 hari ini dapat berjalan dengan lancar. Sidang Redaksi mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada pelajar baharu Diploma dan Asasi STEM Sesi 2024/2025!!!

ms_MYMS