Selamat Datang ke WEBSITE

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu (HEPA)

Sejarah UMT

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah. Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).

Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate). Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Pertanian Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Julai 1999. KUT adalah Kampus bersekutu UPM dan pelajar akan dikurniakan ijazah dari UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi sebagai Kolej Universiti Terengganu pada 1 Mei 2001. Pada 1 Julai 2001 KUT dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM.

Bermula pada 1 Februari 2007 bersamaan 13 Muharam 1428 H, tercipta satu lagi sejarah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dalam usaha mengukuhkan kedudukan IPTA Negara, enam buah Kolej Universiti telah melalui penjenamaan semula kolej-kolej universiti. Kini KUSTEM di kenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.

Pengenalan HEPA

Hepa merupakan aset penting yang tidak ternilai harganya dan boleh menjamin kelestarian masa depan UMT. Alumni adalah sekelompok kecil “bekas pelajar” yang telah bersama kita, mendapat pendidikan dan pengetahuan daripada kita dan kini telah menjadi warga negara berkedudukan. 

Tuan/Puan yang dihormati,

Salam Ukhwah dan selamat datang ke Laman Web Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) HEPA, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Saya sentiasa mendoakan agar kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati oleh Allah S.W.T. Alhamdullilah syukur kita kepada hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya serta izin-Nya jabatan ini dapat menyediakan sebuah laman web rasmi bagi tujuan memberi kemudahan kepada semua pengguna sama ada dalam dan luar UMT. Pada kesempatan ini jua, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus lumus dan berusaha dengan penuh dedikasi bagi menghasilkan portal rasmi HEPA ini.

Siapa Kami?

Berperanan utama dalam penyediaan perkhidmatan secara langsung bagi membantu pembangunan holistik, kebajikan, sahsiah dan insaniah pelajar universiti untuk mencorak keperibadian unggul dan menggilap potensi diri melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disediakan. Pengukuhan potensi diri melalui latihan, kepimpinan dan kesukarelawanan dapat menghasilkan modal insan yang dinamik, profesional dan terlatih. Penempatan pelajar yang kondusif dan selamat serta dituruti dengan keterlibatan Alumni secara berterusan merupakan pemangkin utama kepada kecemerlangan sumber manusia pada masa akan datang.

UMT-Hepa-Tempat-Menarik-Di-UMT
target

OBJEKTIF

  • Menghasilkan pelajar yang holistik melalui pemerkasaan aktiviti kepimpinan dan kaunseling.
  • Menyediakan penempatan dan prasarana yang kondusif bagi menyokong aktiviti pembangunan sahsiah pelajar di kolej siswa.
  • Melahirkan pelajar “Thinking Athlete” berbudaya sukan ke arah sihat dan cergas.
  • Memperkasakan graduan yang bercirikan keusahawanan dan mempunyai tahap kebolehpasaran yang tinggi.
  • Memperkasakan bakat dan pemindahan ilmu menerusi seni persembahan.
  • Memperluaskan jaringan dan mempereratkan hubungan alumni bagi menyokong kelestarian universiti.

Hubungi Kami

Terdapat sebarang pertanyaan? hubungi kami di talian yang tertera.
Lokasi

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,
Aras 1, Kompleks Siswa,
Universiti Malaysia Terengganu,
21030 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman.

Hubungi Kami
Waktu Pejabat
12:56 pm
April 2, 2026
Ahad 08:00 AM - 04:45 PM
Isnin 08:00 AM - 04:45 PM
Selasa 08:00 AM - 04:45 PM
Rabu 08:00 AM - 04:45 PM
Khamis 08:00 AM - 04:30 PM
Jumaat Closed
Sabtu Closed

Pejabat dibuka. Sekarang kami menerima pelawat untuk memberi perkhidmatan.

ms_MYMS