Beraksi hebat di Kejohanan Sukan Antara Pusat Sukan (SUPSAT) 2023 yang telah berlangsung pada 9 hingga 12 Februari 2023 bertempat di UniMAP menyaksikan Pasukan Pusat Sukan dan Rekreasi UMT berjaya membawa pulang kejayaan dengan merangkul 1 Pingat Emas bagi acara Olahraga 8 x 50meter, 1 Pingat Perak bagi acara Sepak Penalti dan 1 Pingat Gangsa bagi acara Dart Wanita. Manakala bagi acara Bola Tampar campuran perjuangan selesai di peringkat suku akhir sahaja.
TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan PSR UMT, semoga kejayaan yang dicapai menjadi titik semangat kepada semua atlet-atlet UMT (staf dan pelajar) untuk terus menyumbang kepada UMT tercinta.
