Jaringan Kerjasama Strategik Alumni – Industri

Pada 25 Mac 2018 jam 12.00 tengahari, Pusat Alumni telah mengadakan perbincangan bersama-sama dengan Pengarah Makmal Berpusat, Pengarah Maltrac dan Presiden Persatuan Alumni bagi mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh pihak industri iaitu Teraju Tri Tech Sdn Bhd bertempat di Anjung Alumni UMT.

Pihak industri telah membentangkan berkenaan dengan peralatan “Diver Identification & Safety System (DISS) dan juga pembentangan kertas kerja “Sea Patriots” – IUU Fishing Combatant NGO.

Hasil pembentangan tersebut, persetujuan awal untuk bekerjasama antara Pusat Alumni/Persatuan Alumni/Makmal Berpusat dan Maltrac terutamanya bagi projek Sea Patriots (program aktiviti pelajar) dan juga pusat penerimaan data kapal/bot nelayan dan divers (Makmal Berpusat).

Mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh TNC HEPA bagi memberi sokongan terutamanya bagi pelaksanaan program pelajar Sea Patriots.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


Tempoh pengesahan reCAPTCHA telah tamat. Sila muat semula halaman.

ms_MYMS