Bagi pelajar tahun 1 yang baru mendaftar akan terus ditempatkan di Kolej Kediaman iaitu bilik berempat. Penukaran bilik hanya dibenarkan kepada pelajar yang mempunyai masalah kesihatan sahaja.
Selamat Datang ke mini site

KOLEJ KEDIAMAN
Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu
Pengenalan
KOLEJ KEDIAMAN (KK) MERUPAKAN SALAH SATU KOMPONEN PENGURUSAN DI DALAM PEMBANGUNAN PELAJAR YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGURUSKAN PENEMPATAN SERTA KEMUDAHAN PELAJAR BAGI MEWUJUDKAN SUASANA KEDIAMAN YANG SELESA DAN SELAMAT.
Penjenamaan semula Kolej Siswa kepada Kolej Kediaman (KK) telah bermula pada 20 Ogos 2020 dimana penjenamaan ini seiring dengan cadangan pucuk pimpinan yang diterajui oleh Pengarah Kolej Kediaman iaitu Ts. Dr. Nik Aziz Bin Nik Ali dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Dalam Kampus Prof. Madya Dr. Zarihan Binti Abdul Halim serta Timbalan Pengarah Luar Kampus, Encik Fadli Bin Mamat . Justeru itu, Kolej Kediaman telah dipertanggungjawabkan untuk memainkan peranan penting sebagai pusat pembelajaran kedua bagi pelajar yang menginap di Kolej Kediaman. Kolej Kediaman terbahagi kepada dua seksyen penting iaitu Seksyen Pentadbiran, Kewangan & Luar Kampus dan Kolej Kediaman Dalam Kampus. Pihak Kolej Kediaman akan sentiasa memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar menjadi keutamaan agar pelajar selesa dalam menjalani sesi pembelajaran di Kolej Kediaman.


OBJEKTIF
01. Menguruskan permohonan penempatan mahasiswa di dalam kampus
02. Menyediakan kemudahan, prasarana dan persekitaran yang selesa dan kondusif kepada mahasiswa
03. Menyediakan perkhidmatan pembaikan bagi kerosakan kecil di Kolej Kediaman dan Rumah Sewa Taman Permint
04. Mentadbir dan menyelaras aktiviti mahasiswa yang dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri
05. Menyediakan ruang dan peluang untuk mahasiswa membantu pihak pengurusan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di kolej
Fasiliti
Periksa Fasiliti dan Kemudah yang Kolej Kediaman Sediakan untuk Anda.
Kafeteria
Kolej Kediaman menyediakan dua buah kafeteria bagi kemudahan pelajar. Kafeteria tersebut ialah kafeteria Kolej Kediaman Abdul Rahman Limbong dan Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malek.
Teflon
Kolej Kediaman menyediakan teflon bagi kegunaan pelajar. Di sini pelajar boleh membuat pelbagai aktivit seperti ‘Speaker Corner’, ‘Jamming’, aktiviti – aktiviti keusahawanan dan lain.
Bilik Mesyuarat
Bilik mesyurat juga ada disediakan oleh pihak pengurusan bagi memudahkan sebarang mesyuarat diadakan di Kolej Kediaman oleh pihak staf dan pelajar.
Kenderaan
Pihak pengurusan menyediakan dua kemudahan kenderaan iaitu sebuah kenderaan utiliti pelbagai guna ‘Frontier’ dan sebuah MPV bagi kemudahan pelajar Kolej Kediaman.
Stor Pusat
Kolej Kediaman mempunyai satu stor pusat bagi menempatkan sebahagian aset aset Kolej Kediaman.
Dewan Al-Falah
Kolej Kediaman telah menyediakan kemudahan dewan Al-Falah bagi kegunaan aktiviti pelajar Kolej Kediaman.
Dewan Al-Irfan
Kolej Kediaman menyediakan Dewan ini untuk kegunaan aktiviti pelajar dan majlis-majlis rasmi.
Mini Gymnasium
Fasiliti gymnasium bagi kemudahan pelajar untuk bersukan disediakan seiring untuk melahirkan pelajar UMT yang holistik.
Ruangan Bacaan
Ruang bacaan disediakan di setiap Blok Abdul Rahman Limbong bagi memberi keselesaan kepada pelajar untuk membaca ataupun bersantai.
Kolej Kediaman
Senarai nama-nama blok yang diambil sempena nama para ulama hadith yang terkenal

IBNU MAJAH (IM)

IBNU ABBAS (IA)

IBNU JARIR (IJ)

AN NASAI'(ANN)

AT-THABRANI (ATB)

AT-TARMIDZI (ATT)

IBNU SINA (IS)

IBNU HIBBAN (IH)
KOLEJ KEDIAMAN MEMPUNYAI SEBANYAK 8 BLOK SECARA KESELURUHAN YANG TERDIRI DARIPADA DUA (2) BLOK BAGI PELAJAR LELAKI DAN ENAM (6) BLOK BAGI PELAJAR PEREMPUAN
Di Kolej Kediaman, kapasiti bilik terbahagi kepada beberapa jenis iaitu bilik berempat, bertiga dan berdua.
Bagi blok kediaman yang bercirikan appartment, kapasiti bilik adalah untuk menginap berdua atau bertiga.
Pengurusan
Pihak pengurusan yang bertanggung jawab mengawal Kolej Kediaman.

Pentadbiran
Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Luar Kampus
Bertangunggjawab dalam menguruskan kerja – kerja yang berkaitan dengan pengurusan, belanjawan keseluruhan kolej dan bertanggungjawab dalam menguruskan pangkalan data rumah sewa pelajar, kemudahan, kebajikan dan keselamatan mahasiswa di luar kampus
Dalam Kampus
Bertanggungjawab dalam menguruskan kemudahan fasiliti dan infrastruktur kediaman mahasiswa yang kondusif.

Carta
Senarai carta organisasi pengurusan Kolej Kediaman.
FELO KOLEJ KEDIAMAN (FKK) MERUPAKAN SATU ORGANISASI YANG TELAH DITUBUHKAN PADA 2008 DAN MENJADI SEBUAH ORGANISASI PENGANTARAAN DI ANTARA KOLEJ KEDIAMAN DAN PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
BIDANG TUGAS FELO KOLEJ KEDIAMAN:
- Menjaga kebajikan pelajar terutama di blok masing-masing.
- Bertindak selaku penasihat Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) dan Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK) dalam membantu dan memberi tunjuk ajar mengikut portfolio dan bidang tugas masing-masing.
- Berperanan sebagai perantara mahasiswa dengan pengurusan Kolej Kediaman.
- Membuat perancangan dan penyusunan awal aktiviti-aktiviti Kolej Kediaman.
- Pemantau disiplin dan salah laku di asrama.
KRITERIA MENJADI FELO :
- Pascasiswazah, pensyarah atau staf Universiti Malaysia Terengganu.
- Memiliki sifat kesukarelawan yang tinggi.
- Mempunyai sifat penyayang dan proaktif.
- Kreatif dan kritis.
- Bertanggungjawab.
- Menyemai budaya hormat- menghormati dan berkasih sayang.
MOTO “JPKK PEMANGKIN REVOLUSI MAHASISWA”
LATAR BELAKANG
- Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) merupakan satu organisasi pelajar yang membantu pihak felo dan staf Kolej Kediaman dalam menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar. JPKK yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Kolej Siswa (MKS) telah dijenamakan semula sebagai Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman bermula pada tahun 2020 di atas cadangan dan persetujuan pihak pentadbiran Kolej Kediaman yang di ketuai oleh Pengarah, Ts. Dr. Nik Aziz Bin Nik Ali
- Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman merupakan sebuah organisasi kedua terbesar selepas Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
- Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman adalah merupakan satu organisasi perantara antara pihak pengurusan kolej kediaman, felo kolej kediaman dan penghuni asrama kolej kediaman.
MOTO : “JPLK CAKNA, KEBAJIKAN TERPELIHARA”
LATAR BELAKANG
- Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK) di bawah pentadbiran Kolej Kediaman, Universiti Malaysia Terengganu bertujuan membantu Staf Kolej Kediaman Luar Kampus khususnya melicinkan hal ehwal pelajar di luar kampus.
- Barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus bertanggungjawab terhadap segala aduan dan permasalahan yang timbul sekaligus menjadi perantara antara pelajar yang menetap di luar kampus dan bahagian pengurusan Kolej Kediaman Luar Kampus.
Berita & Aktiviti
Ini adalah berita dan aktiviti terkini dari kami di Kolej Kediaman UMT
Lawatan Penanda Aras Di Universiti Takhsin & Khidmat Masyarakat Di Pondok Pauh Kumbang
Aktiviti: Bersama Konsulat Malaysia dan Universiti Thaksin di Songkhla, Thailand Tarikh : 21 Ogos 2023.
PINGAT GANGSA PERTAMA UMT DI KEJOHANAN SUKAN MASUM FASA 1
Tahniah kepada Muhammad Haziq Haikal dan Syazlan Khushairi kerana berjaya mendapat pingat Gangsa pada Karnival
Kejayaan Atlet Rowing UMT di Kejohanan Penang Rowing International Rowing Championship
Tahniah kepada Atlet Rowing UMT yang memenangi pingat Perak dan Gangsa dalam Kejohanan Penang Rowing
-
KARNIVAL SUKAN MERDEKA UMT 2023
August 21, 2023
Hubungi
Terdapat sebarang pertanyaan? hubungi kami di talian yang tertera.
Lokasi
Pejabat Pentadbiran
Kolej Siswa, Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, Malaysia