KP PSR RASMI PROGRAM ADVOKASI KOD SUKAN SELAMAT PERINGKAT ZON TIMUR 2023

KP PSR RASMI PROGRAM ADVOKASI KOD SUKAN SELAMAT PERINGKAT ZON TIMUR 2023

Tarikh : 23 November 2023, Khamis

Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat : Pusat Konvensyen UMT (UMTCC)

Program Advokasi Kod Sukan Selamat anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) peringkat Zon Timur merupakan program Sukan Selamat julung kali diadakan di UMT dan telah dirasmikan oleh Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi, Puan Siti Noriam binti Yaakob.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah memperkenalkan garis panduan Kod Sukan Selamat pada bulan Mac 2023 bagi meningkatkan kesederan penggiat-penggiat sukan akan kepentingan menjaga tingkah laku dan tanggungjawab semua terhadap segala aktivit sukan.

Program ceramah kali ini disampaikan oleh Encik Ezzad bin Abdullah, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan dan turut dihadiri Encik Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Program jelajah kesedaran sukan selamat ini telah berlangsung di seluruh negara bermula awal tahun dan UMT merupakan salah satu venue bagi mengumpul penggiat sukan seluruh Pantai Timur untuk program ini. Seramai 200 orang peserta terlibat yang terdiri daripada atlet, jurulatih, pegawai dan penggiat sukan sekitar pantai timur termasuk pelajar-pelajar UMT dan UniSZA.

ms_MYMS