05 November 2023 | Pusat Keusahwananan dan Kerjaya (CEC) telah menerima Kunjungan Hormat Penganjuran BDB-PETRONAS yang telah diadakan di Pejabat Naib Canselor UMT. YBhg. Dato’ Naib Canselor UMT telah bersetuju untuk menerima kunjungan daripada wakil pihak penganjur BGB-PETRONAS yang diketuai oleh Puan Maria Teoh, Senior Genaral Manager Global Human Resource Partner, Project Delivery & Technology bersama empat (4) delegasi. YBrs. Prof. Madya Dr. Azizul Yadi bin Yaakop, Pengarah CEC dan staf turut hadir di dalam kunjungan ini.
Pihak BDB-PETRONAS telah menyatakan hasrat dan perancangan mereka bersama CEC khususnya dan bersama UMT secara amnya untuk menjadikan UMT sekali lagi sebagai tuan rumah bagi program BDB-PETRONAS tahun 2024. Pihak BDB-PETRONAS sangat berpuas hati dengan kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh pihak CEC sepanjang Program BDB-PETRONAS dijalankan pada 02 hingga 13 Ogos 2023.
Beberapa siri pertemuan di antara CEC UMT dan pihak BDB-PETRONAS akan dirancang pada tahun 2024 dengan lebih terperinci bagi menjayakan dan melancarkan lagi pengurusan serta pelaksanaan program.




