14 Mei 2018, Pusat Alumni, HEPA, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Persatuan Alumni UMT (PAUMT) telah mengadakan lawatan kunjungan hormat ke Royal Thai Consulate General (RTCG) di Kota Bharu, Kelantan. Sesi kunjungan hormat ini adalah atas inisiatif bagi menghubungkan jaringan kerjasama strategik antara pihak universiti dengan industri di Thailand. Pihak RTGC juga secara dasarnya bersetuju untuk menjemput pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke pameran industri yang akan diadakan pada bulan Julai 2018 nanti. Antara agenda utama kunjungan hormat tersebut adalah bagi membincangkan prospek-prospek kerjasama strategik, keusahawanan serta pemindahan ilmu dengan pihak industri di Thailand.