Hal Ehwal Pelajar dan Alumni | UMT

MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU KE-20

Majlis Konvokesyen ke20 UMT
0 Days
0 Hours
0 Minutes
0 Seconds

Tarikh : 20-21 November 2022

Tempat : Dewan Sultan Mizan, UMT

Senarai Graduan Prasiswazah 2022

Senarai Graduan Pascasiswazah 2022

NOTIS MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU KE-20

SESI PENGIJAZAHAN, PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN SET PAKAIAN KONVOKESYEN

ATURCARA MAJLIS

PAKAIAN SEMASA BERGRADUASI

KAD PANGGILAN NAMA GRADUAN

Setiap graduan akan diberikan satu (1) keping Kad Panggilan Nama Graduan semasa sesi pengambilan set pakaian akademik. Kad berkenaan perlu dibawa bersama semasa majlis konvokesyen. Kad ini digunakan untuk panggilan nama graduan dan paparan nama di skrin dalam dewan. Kegagalan graduan membawa kad berkenaan menyebabkan nama graduan tidak akan disebut semasa graduan naik ke atas pentas.

YURAN GRADUASI

Semua graduan, sama ada menghadiri majlis konvokesyen atau tidak, hendaklah menjelaskan yuran graduasi mengikut kadar berikut :-

PELAJAR KEMASUKAN SESI 2015/2016 DAN KE BAWAH
i. Diploma : RM110.00
ii. Sarjana Muda : RM150.00
iii. Sarjana/Doktor Falsafah : RM120.00

PELAJAR KEMASUKAN SESI 2016/2017 DAN KE ATAS
i. Diploma : RM60.00
ii. Sarjana Muda : RM100.00
iii. Sarjana/Doktor Falsafah : RM120.00
** Mengikut Surat Pekeliling Bendahari Bil. 5 Tahun 2018, sekatan daripada mengambil bahagian dalam majlis konvokesyen akan dikenakan kepada pelajar yang mempunyai tunggakan yuran pengajian.

A. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN GRADUASI
i. Pembayaran yuran graduasi boleh terus dilakukan selepas selesai pendaftaran pengambilan pakaian akademik secara dalam talian menggunakan platform gerbang pembayaran UMT di sistem eKonvo (MyNemo>Akademik>eKonvo);

SET PAKAIAN KONVOKESYEN

BAYARAN GANTI RUGI KEHILANGAN/KEROSAKAN PAKAIAN AKADEMIK

PEMBELIAN SET PAKAIAN KONVOKESYEN

PENGAMBILAN SKROL

i. Skrol boleh diambil setelah set lengkap pakaian akademik dipulangkan dan semua hutang dengan UMT dijelaskan;

ii. Graduan yang berhutang dengan UMT hendaklah menunjukkan slip yuran graduasi /hutang /denda /saman /cagaran pinjaman pakaian akademik yang menyatakan hutang telah dijelaskan bagi mendapatkan transkrip dan skrol;

iii. Sila tunjukkan Slip Pengambilan Skrol semasa mengambil transkrip dan skrol;

iv. Graduan boleh memohon tuntutan awal bagi pengambilan transkrip dan skrol sebelum majlis konvokesyen dengan membuat pemohonan melalui e-mel akademik@umt.edu.my ;

Pakej Gambar Konvokesyen

Pemilihan pakej gambar konvokesyen (sesi fotografi) boleh dilakukan di dalam modul e-Konvo. Perincian kadar dan jenis pakej, boleh berhubung terus dengan pihak pembekal. Link pakej gambar graduan :

PERINGATAN
i. Jurugambar persendirian tidak dibenarkan memasuki Dewan Sultan Mizan.
ii. Graduan tidak dibenarkan selfie semasa menerima ijazah di atas pentas.