Program PETRONAS Be Digital Bootcamp merupakan program yang dijalankan oleh pihak PETRONAS dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang telah berlangsung pada 1 – 13 Ogos 2023.
Program yang melibatkan Universiti Zon Pantai Timur UMT, UMK, UMPSA, UiTM Terengganu & UiTM Kelantan seramai 100 pelajar bagi memberi pendedahan pelajar kepada industri untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan universiti..
Program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada pelajar tahun akhir dan seterusnya dinilai. Pelajar yang layak akan mendapat tawaran bekerja di PETRONAS dan agensi di bawah PETRONAS.





