Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu

Majlis Penutup Program PETRONAS Be Digital Bootcamp

Majlis penutup Program PETRONAS Be Digital Bootcamp telah diadakan pada 13 September 2023 di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu, Terengganu.

Program ini disertai oleh universiti-universiti Zon Pantai Timur terdiri daripada UMT, UMK, UMPSA, UiTM Terengganu & UiTM Kelantan dan seramai 100 pelajar bagi memberi pendedahan pelajar kepada industri untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan universiti.

Seramai tujuh (7) peserta daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah ditawarkan bekerja di pelbagai syarikat dan bidang semasa majlis penutup berlangsung.

ms_MYMS