Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu

Majlis Perasmian Program PENJANA KPT-CAP “SMART LOGISTICIAN” 2023

15 Ogos 2023 | Pelaksanaan Program PENJANA KPT-CAP “SMART LOGISTICIAN” 2023 ini melibatkan 100 pelajar pelbagai bidang dari Fakulti Pengajian Maritim (FPM), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Pelajar menjalani latihan teori selama 15 hari di The Ship Campus, PKT Logistics Group Sdn Bhd seterusnya perlu menjalani Work-Based Learning (WBL) di PKT Logistics Group Sdn Bhd dan secara langsung bergelar staf yang akan bekerja di pelbagai lokasi gudang termasuklah Shah Alam, Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

ms_MYMS