Masih Ada ‘Luck’ Untuk Pasukan Golf UMT

Oleh : Siti Zainab Bt Mat Zin

TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan Golf UMT yang dibarisi oleh YBhg Prof. Dato’ Ts. Dr. Aziz bin Deraman, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Saharuddin bin Abdul Hamid, En. Zolarman bin Muhamad dan En. Fadli bin Mamat yang telah merangkul tempat ke 3 dalam acara berpasukan manakala kemenangan cemerlang individu dirangkul oleh YBhg Prof. Dato’ Ts. Dr. Aziz bin Deraman di tempat ke 5 daripada 109 peserta.

Kejohanan Golf MAKSAK Terengganu 2020 telah berlangsung pada 15 Februari 2020 bertempat di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Dengan skor kesuluruhan 2 di bawah par, UMT terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Pendidikan ditempat pertama dan PDRM ditempat ke dua. Kedua-dua pasukan tersebut juga mencatat skor 2 di bawah par. Penentuan pemenang terpaksa ditentukan menerusi keputusan OCB.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


Tempoh pengesahan reCAPTCHA telah tamat. Sila muat semula halaman.

ms_MYMS