Oleh : Siti Farah Mohd Ridhuan
“Belum hilang taring”, ini perumpamaan yang boleh diberikan kepada pasukan Bola Jaring Staf UMT yang Berjaya merangkul tempat ke-3 semasa Kejohanan Bola Jaring MAKSAK Peringkat Negeri Terengganu. Mengalahkan pasukan Setiausaha Kerajaan Terenggganu (SUK) pada peringkat separuh akhir dengan jaringan 29-19, Pasukan Bola Jaring UMT pulang dengan pingat gangsa.
Kejohanan Bola Jaring MAKSAK Terengganu 2020 telah berlangsung pada 17 Januari 2020 bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak menyaksikan penyertaan pasukan pada kali ini adalah sebanyak 11 pasukan. Pasukan UMT merupakan Naib Johan Kumpulan mengikut kiraan mata dan jaringan. Walaupun perlu bersaing dengan pemain-pemain muda yang lebih cergas dan bertenaga tetapi erti kalah tiada dalam kamus semua pemain bola jaring UMT. Pasukan UMT telah menghantar seramai 11 orang pemain dan seorang pengurus untuk kejohanan pada kali ini.