selamat Datang ke Mini Site

Pusat kebudayaan dan
kesenian (PBS)

Dr. Noorfathehah binti Abdullah Sani KETUA PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

Pengenalan Pusat Kebudayaan Dan Kesenian

Pusat ini bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti kebudayaan dan kesenian pelajar. Terdapat kelab-kelab kebudayaan dan kesenian yang bernaung di bawah pusat ini dan pelbagai aktiviti telah dan akan dijalankan. 

Aktiviti yang dijalankan adalah dianjur dan dikelolakan oleh pelajar sendiri manakala Pusat Kebudayaan dan Kesenian bertanggungjawab dalam menyelaras dan memberi khidmat nasihat terhadap program yang dijalankan.

DR. NOORFATHEHAH BINTI ABDULLAH SANI
Ketua Pengarah PBS

objektif kesenian & kebudayaan

"Memperkasakan Bakat dan Pemindahan Ilmu menerusi seni"

BAHAGIAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

"SENI WADAH MINDA"
" MEMANUSIAKAN MANUSIA"

Melatih dan membimbing pelajar serta melaksanakan program bagi "Merakyatkan Seni dan Budaya" di peringkat universiti

Maklumat Bahagian Kebudayaan
dan Kesenian (Bkk)

Sebagai pusat pembelajaraan dan pengembangan ilmu, university dilihat semakin berkembang maju dalam pelbagai bidang, sama ada di bidang akademik maupun kegiatan pelajar dan kakitangannya. Kegiatan-kegiatan yang dijalankan terutama yang melibatkan aktiviti kesenian dan kebudayaan telah mendapat sambutan menggalakkan dan cukup memberangsangkan daripada warga university. Pelajar-pelajar juga semakin ramai yang menyertai setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kampus dan ianya membantu pengembangan minda pelajar-pelajar ini untuk terus memperkasakan seni dan budaya ke peringkat yang lebih tinggi di samping penerapan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar. Motto kami “SENI WADAH MINDA”.

bahagian kebudayaan dan kesenian

Sejarah Pembangunan bkk

Kenali barisan hadapan bahagian kebudayaan & kesenian

Carta Organisasi bahagian kebudayaan dan kesenian

Dr. Noorfathehah binti Abdullah Sani

Ketua Pengarah PBS
badrul@umt.edu.my

Suriaty Binti Khalid

Pegawai Kebudayaan Kanan (B44)
suriaty@umt.edu.my

wan Fatihah Nurulain Binti Wan Nor

Pegawai Kebudayaan (B19)
w.fatihah@umt.edu.my

Mohd Shahreezad Bin Abd. Satad

Pegawai Kebudayaan (B32)
ezad@umt.edu.my

Mohamad Azman Bin Hassan@Jusoh

Pegawai Kebudayaan (B19)
azman.hassan@umt.edu.my

Izarudy Bin Isa

Pegawai Kebudayaan (B19)
izarudy@umt.edu.my

Mohd Norhasim Bin Zulkfay

Artis Budaya (B22)
nurhasim@umt.edu.my

Muhammad Shahrul Azmi Bin Hasan

Pegawai Kebudayaan (B32)
shah@umt.edu.my

Carta Fungsi dan tugas-tugas pelaksanaan

PN-SURIATY-BINTI-KHALID-PEGAWAI-KEBUDAYAAN-KANAN-B44.jpg

Seksyen Pengurusan

  1. Memastikan hal ehwal pengurusan dan kewangan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan baik.
  2. Menjalankan urusan pembelian aset, stok pejabat dan inventori.
  3. Merancang dan menyelaras urusan kewangan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  4. Menyediakan laporan-laporan rasmi berkaitan kebudayaan dan kesenian bagi Mesyuarat JKP HEPA, Mesyuarat Pengurusan PBS, Laporan Bulanan HEPA, Laporan Tahunan UMT, Mesyuarat MAKUM
  5. Merancang,melaksana dan menyelaras Pengurusan Acara Berjadual dan Acara Khas Bahagian Kebudayaan dan Kesenian.
  6. Menyediakan takwim tahunan.
  7. Merancang dan melaksana produksi persembahan dan acara.
  8. Menyelaras konsep dan pengurusan protokol
  9. Mengurus dan menyelaras 14 buah kelab-kelab pelajar Seni dan Budaya iaitu AKASIA.
  10. Memberi khidmat nasihat kepada kelab-kelab pelajar dalam bidang pengurusan orgnisasi dan penganjuran program.
  11. Memantau kegiatan dan pelaksanaan aktiviti kelab-kelab di bawah naungan AKASIA.
  12. Menyediakan program pemerkasaan pelajar.
  13. Menyelaras ISO dan dokumentasi audit.
EN-MOHD-SHAHREEZAD-BIN-ABD-SATAD-PEGAWAI-KEBUDAYAAN-B32.jpg

Seksyen Pengembangan, Pemuliharaan & Prasarana

  1. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan nilai-nilai murni dan khidmat masyarakat di dalam usaha memulihara dan mengekalkan warisan.
  2. Mengendali dan mengadakan kursus, bengkel dan seminar.
  3. Mengumpul data-data dan bahan-bahan seni dan budaya bagi tujuan dokumentasi dan pameran.
  4. Menjalankan kajian penyelidikan dengan agensi kerajaan dan swasta.
  5. Memelihara dan mengangkat martabat sastera melayu dengan mengadakan bengkel, pertandingan yang berkaitan.
  6. Merekod, menyimpan dan memelihara koleksi foto-foto berkaitan aktiviti pelaksanaan seni dan budaya
  7. Menyimpan peralatan muzik, props dan aksesori lama/klasik untuk rujukan.
  8. Memastikan segala peralatan aset & iventori berada dalam keadaan baik dan selamat seterusnya sedia untuk digunakan.
  9. Menguruskan jadual tempahan bagi 7 buah studio latihan dan 150 peralatan muzik bagi kegunaan warga UMT.
  10. Memastikan keselamatan dan keselesaan di dalam ruang-ruang latihan. Anggaran jumlah keseluruhan tahunan penggunaan adalah sebanyak 10,000 – 15,000 orang.
  11. Menyediakan laporan kerosakan peralatan dan ruang latihan untuk tujuan penambahbaikan dan penyelenggaraan.

Seksyen Pengurusan Teknikal, Operasi dan Artistik

  1. Memberi perkhidmatan siaraya bagi program-program pelajar yang berskala kecil.
  2. Menyelaras setiap aktiviti atau program yang berkaitan dengan keperluan teknikal seperti lampu, props dan sebagainya.
  3. Memberi khidmat nasihat dan runding cara berkaitan keperluan teknikal bagi program-program rasmi universiti seperti Majlis Konvokesyen, Majlis Santapan Malam, Pesta Konvo, Majlis Anugerah Tahunan dan sebagainya.
  4. Menyediakan ruang serta peluang kepada warga UMT khususnya mahasiswa untuk meneroka pelbagai ilmu pengetahuan dalam bidang kewartawanan, penyiaran dan pengacaraan secara professional.
  5. Sebagai medium pembelajaran bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan bahasa, penyiaran, kewartawanan dan komunikasi.
  6. Meningkatkan kemahiran insaniah dan memberi nilai tambah (softskill) di kalangan mahasiswa UMT yang terlibat sebagai penyampai radio UMT.fm.
  7. Memastikan radio kampus fm beroperasi secara maksima bermula jam 9.00 pagi – 11.00 malam dengan menyajikan segmen-segmen yang menarik.

pelajar kebudayaan dan kesenian dapat merasai

Kemudahan Yang Disediakan

Studio Latihan untuk pelajar dan staf UMT

Sanggar Siswa

Ruang dalam studio Latihan

Studio muzik moden

Set gamelan

Busana dan kostum

Alatan dan instrument muzik

Perkhidmatan radio rasmi universiti UMT.fm

Props

Hubungi Kami Sekarang

Terdapat sebarang pertanyaan? hubungi kami di talian yang tertera.

Pusat Kebudayaan dan Kesenian (BKK)

Lokasi

Bahagian Kebudayaan Dan Kesenian Umt,
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)
Aras 1, Kompleks Siswa,
Universiti Malaysia Terengganu,
21030 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman.

Hubungi Kami
Waktu Operasi
12:55 pm
April 2, 2026
Ahad 09:00 AM - 04:30 PM
Isnin 09:00 AM - 04:30 PM
Selasa 09:00 AM - 04:30 PM
Rabu 09:00 AM - 04:30 PM
Khamis 09:00 AM - 04:00 PM
Jumaat Closed
Sabtu Closed

Pejabat dibuka. Sekarang kami menerima pelawat untuk memberi perkhidmatan.

ms_MYMS