PELAJAR UMT SERTAI KURSUS WASIT JURI KEBANGSAAN 2023

Seramai 12 orang pelajar UMT telah mengikuti Kursus Wasit Juri Kebangsaan 2023 pada 9 hingga 12 November 2023 bertempat di Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Kursus anjuran Persatuan Silat Negeri Terengganu (PESAKA) dengan kerjasama PESAKA Kebangsaan diadakan bagi mengemaskini undang-undang dan peraturan-peraturan sukan silat yang akan diguna pakai pada kejohanan-kejohanan utama akan datang.

Pihak Hal Ehwal Pelajar UMT telah bersetuju meluluskan penyertaan ke kursus tersebut bagi membuka ruang dan peluang mahasiswa UMT untuk memperoleh kelayakan mengelola dalam sukan silat serta nilai tambah yang mungkin akan diguna pakai selepas keluar dari universiti kelak.

Rentetan dari kursus wasit tersebut, 4 orang mahasiswa UMT iaitu Nur Hidayah Binti Ali, Mohamad Hussairie Bin Zamri, Noramirah Syahirah Binti Abdullah dan Nur Syafiqah Natasya Binti Mohamad Salleh daripada Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial ( FPEPS) telah terpilih sebagai Wasit Juri Karnival Silat Kebangsaan Terengganu pada 14 hingga 17 Disember 2023 bertempat di Stadium Tertutup Negeri Terengganu, Gong Badak.

Sejurus selepas kejohanan itu, 2 orang lagi mahasiswa UMT iaitu Noramirah Syahirah Binti Abdullah dan Nur Syafiqah Natasya Binti Mohamad Salleh daripada Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial ( FPEPS) telah terpilih sebagai Wasit Juri Kejohanan Silar Pra-SUKMA pada 23 hingga 27 Disember 2023 bertempat di Parit Raja Batu Pahat, Johor.

Semoga ruang dan peluang yang diberikan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh mahasiswa UMT supaya dapat terus menyumbang demi memartabatkan sukan ke peringkat yang lebih tinggi.

ms_MYMS