Persatuan Alumni Universiti Malaysia Terengganu atau singkatannya PAUMT telah ditubuhkan pada 11hb November 2015. Ini merupakan Persatuan induk yang menaungi Persatuan Alumni dalam UMT keseluruhannya.
OBJEKTIF
Antara matlamat penubuhan Persatuan Alumni UMT ialah:-
1. Menyatukan bekas-bekas graduan UMT serta mewujudkan hubungan saintifik, sosial dan kebudayaan di kalangan ahli;
2. Mewujudkan jaringan perhubungan di kalangan ahli;
3. Mewujudkan jaringan komunikasi di antara Universiti Malaysia Terengganu dan Alumni UMT;
4. Mengambil bahagian di dalam pembangunan intelektual, ekonomi dan sosio – politik Malaysia;
5. Bekerjasama dengan badan-badan berkaitan untuk menjayakan program akademik / profesional, khidmat masyarakat serta meningkatkan imej Persatuan;
6. Menjalankan kegiatan sukan,rekreasi dan kebajikan yang dapat memberi kebaikan kepada ahli.