Syabas dan tahniah kepada pesilat-pesilat UMT yang berjaya menggondol 1 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa daripada 9 penyertaan atlet di Kejohanan Silat Pendekar Seabad Universiti Malaya Peringkat Kebangsaan dan Terbuka Antarabangsa Kali Ke-14 2023 yang berlangsung selama 5 hari bermula 31 Mei 2023 sehingga 04 Jun 2023 di Evolve Concept Mall, Ara Damansara.
Pemenang Pingat :
1) Aiman Asyraf B. Abdul Aziz – Kelas A (IPT) – Pingat Perak ![]()
2) Muhammad Hafizzudin B. Muhammad Ali – Kelas E (IPT) – Pingat Gangsa ![]()
3) Nurul Ain Husna Bt. Razali – Kelas A (Open) – Pingat Gangsa ![]()
Semoga kemenangan kali ini dapat memberi semangat kepada Pasukan Silat UMT untuk terus cemerlang dan berjaya di dalam Sukan MASUM yang akan datang.



