Program Bank Rakyat Unipreneur 2.0

Program Bank Rakyat Unipreneur 2.0 merupakan program kerjasama antara UMT Melalui CEC dengan kerjasama Bank Rakyat. Seramai 19 usahawan pelajar UMT yang terdiri daripada golongan asnaf dipilih bagi mengikuti program ini. Bank Rakyat berbesar hati menyalurkan RM3K seorang dalam bentuk zakat kepada peserta berkenaan sebagai modal perniagaan dan sebagai pemangkin untuk pelajar meneruskan perniagaan mereka.

Kursus Pemasaran Digital, Program Bank Rakyat Unipreneur 2.0 bertujuaan membantu usahawan pelajar ini dalam mendalami teknik, teori dan praktikal untuk memasarkan perniagaan ke peringkat global. Tenaga pengajar, Coach Mohd Hazrul Mat Tajudin merupakan COO Ledakan Digital Sdn Bhd.

Tarikh : 03 Jun 2023

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Kompleks Siswa, HEPA

ms_MYMS