Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM KEM SINERGI KEPIMPINAN PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN (KSKPKK) UMT 2025

Program Kem Sinergi Kepimpinan Perwakilan Kolej Kediaman (KSKPKK) 2025 telah berlangsung dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2025 bertempat di Bukit Keluang Beach Resort. Program ini dirangka untuk membentuk sinergi kepimpinan dan semangat berpasukan dalam kalangan perwakilan pelajar kolej kediaman UMT. Berikut ialah ringkasan bagi setiap slot aktiviti yang dijalankan:

Slot Solusi Minda 1 – “Perjanjian Bersama”
Sesi interaktif yang memperkenalkan objektif program dan membentuk persefahaman awal antara peserta melalui perjanjian nilai bersama sebagai asas kepada kerjasama sepanjang kem.

Slot Solusi Minda 2 – “Pembentukan Kumpulan Kecil”
Aktiviti membina kumpulan secara sistematik bagi tujuan aktiviti sepanjang program, sekaligus mengasah kemahiran komunikasi dan kerjasama.
Outdoor Game – “Team Kolej”
Aktiviti luar yang melibatkan pelbagai permainan fizikal berpasukan bertujuan meningkatkan kekuatan fizikal, kepercayaan dan strategi kumpulan.

Slot Solusi Minda 3 – “Ice Breaking: Get to Know You Session”
Sesi pemecah ais secara santai yang memperkenalkan peserta antara satu sama lain untuk mewujudkan suasana mesra dan inklusif.

Slot Kolej – Senamrobik
Aktiviti kecergasan fizikal yang menceriakan dan menyegarkan peserta sambil memperkukuh hubungan sosial secara aktif.

Slot Solusi Minda 4 – “Inside Out”
Aktiviti reflektif yang menekankan aspek dalaman kepimpinan, nilai diri dan keinsafan terhadap peranan sebagai pemimpin mahasiswa.

Slot Solusi Minda 5 – “Silent Voice”
Latihan komunikasi tanpa lisan yang menguji kreativiti, kepekaan dan pemahaman dalam menyampaikan mesej secara tidak langsung.

Slot Solusi Minda 6 – “Matching Challenge”
Cabaran kerjasama kumpulan yang memerlukan peserta menyelesaikan tugasan secara pantas dan efektif, sekali gus menguji kemahiran penyelesaian masalah.

Slot Solusi Minda 7 – “Wave Challenge”
Aktiviti teambuilding luar yang menekankan semangat juang, kesatuan dan strategi kumpulan dalam suasana yang mencabar.

Slot Solusi Minda 8 – “Fusion Mind”
Sesi perbincangan dan penggabungan idea secara kreatif bagi melahirkan pelan tindakan atau solusi terhadap cabaran semasa dalam organisasi pelajar.

Slot Kolej 1 – “Bicara Alumni”
Perkongsian pengalaman oleh alumni yang telah berjaya, memberi inspirasi dan motivasi kepada peserta tentang hala tuju kepimpinan mahasiswa.

Slot Kolej 2 – “Organisasi Kolej Kediaman”
Sesi pengenalan struktur dan peranan organisasi kolej kediaman bagi memperkasakan kefahaman peserta terhadap tanggungjawab masing-masing.

Slot Kolej 3 – Majlis Penutupan
Majlis rasmi penutup program yang dirasmikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nik Aziz Nik Ali, sebagai simbolik penghargaan dan penyerahan amanah kepada peserta program.

ms_MYMS