PROGRAM OUT-REACH

Oleh : HAINANY IDAYU BINTI YAZID

27-28 APRIL 2021

KOLEJ KEDIAMAN, UMT

Pogram Out-Reach diadakan pada dasarnya untuk memperkenal dan menwar-warkan kaunselor dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kaunseling dan Kerjaya kepada semua pelajar UMT. Inisiatif ini perlu diambil memandangkan budaya masyarakat Malaysia masih tidak dapat menerima sepenuhnya bahawa pendekatan kaunseling adalah salah satu cara menolong yang boleh dimanfaatkan oleh mereka. Malah, kaunseling sering dikaitkan dengan “sakit mental” dan “orang yang bermasalah” sahaja. Justeru, fenomena ini perlu diperbetulkan dan diperjelas dengan harapan perkhidmatan kaunseling boleh dan dapat digunakan oleh pelajar-pelajar sebagai salah satu alternative menolong yang terdapat di UMT.

Objektif program ini adalah :-

1. Pelajar mengetahui dan mendapat perkhidmatan serta bantuan yang disediakan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya supaya dapat dimanfaatkan sepanjang pembelajaran di UMT bagi membantu mencapai matlamat mereka

2. Memperkenalkan kaunselor-kaunselor di Kaunseling dan Kerjaya kepada semua warga UMT khususnya para pelajar

3. Memperkenalkan bantuan perkhidmatan yang diberikan oleh Unit Kaunseling dan kerjaya kepada pelajar bagi membantu kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar.

4. Unit Kaunseling dan Kerjaya dapat mempertingkatkan bilangan dan statistik penggunaan perkhidmatan dan kaunseling di kalangan pelajar

ms_MYMS