UMT ‘Sports Complex Open Day’ merupakan program julung kali diadakan oleh Bahagian Sukan dan Rekreasi, Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum HEPA yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada warga UMT untuk bersukan atau beriadah secara bebas (mengikut masa masing-masing) tanpa perlu membuat tempahan di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT.
Program ini akan berlangsung sepanjang tahun iaitu pada hari Khamis, minggu ke-4 setiap bulan bermula pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Pada 25 Mac 2021 yang lalu, program ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dengan kira-kira 300 warga UMT memenuhi seluruh kompleks sukan untuk beriadah dan bersukan. Semua kemudahan sukan dibuka untuk digunakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Di samping itu juga, BSR juga menyediakan beberapa peralatan sukan asas seperti shuttle cock, bola, archery bow, bowl lawnbowl, raket squash dan beberapa lagi peralatan sukan lain. BSR juga membuka beberapa perkhidmatan tambahan seperti perkhidmatan urutan dan rehabiltasi sukan dan ‘fitness testing’ yang lebih dikenali sebagai program ‘Lets Fit Together. Di samping itu, setiap penyelaras sukan juga disediakan di venue-venue sukan bagi memantau dan memberi tunjuk ajar berkaitan sukan berkenaan yang terdiri daripada semua staf BSR. Bagi pihak BSR, kami menjemput seluruh warga UMT yang berkelapangan untuk menyertai program ini.








