Tarikh : 20 Januari 2025
Tempat : Telaga Harbour Marina, Pulau Langkawi
Program “Sembang Santai Bersama Datuk Azhar Mansor” telah diadakan sempena penyertaan Pusat Latihan Pelayaran UMT ke Royal Langkawi International Regatta 2025. Program ini memberikan peluang kepada pelajar dan staf UMT untuk berinteraksi secara langsung dengan Datuk Azhar Mansor, pelayar solo pertama Malaysia yang berjaya mengelilingi dunia. Beliau berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang pelayarannya, memberikan inspirasi kepada pelajar mengenai ketabahan dan semangat juang dalam mencapai kejayaan. Penganjuran sesi seperti ini selaras dengan usaha UMT untuk memperkaya pengetahuan dan pengalaman warga universiti melalui perkongsian daripada tokoh-tokoh terkemuka.



