Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah berpeluang menguruskan sesi Lawatan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Datuk Ts. Mustapha Sakmud ke Universiti Malaysia Terengganu sempena Sesi Minum Petang bersama Mahasiswa Sabah pada 11 Mei 2024 lalu.
Sesi Minum Petang Yang Berhormat Timbalan Menteri (YBTM) bersama Mahasiswa Sabah yang diadakan di Bilik Seminar Institut Oseonografi dan Sekitaran ini turut menyaksikan kunjungan julung kalinya YB Menteri Pendidikan Tinggi ke UMT. Seramai 100 orang pelajar UMT anak-anak Sabah yang terdiri daripada Kelab Mahasiswa Sabah (KEMASIS) dan daripada pelbagai program pengajian bersama-sama hadir untuk memeriahkan sesi minum petang ini.
Pada majlis tersebut, turut diadakan sesi dialog pelajar-pelajar Sabah bersama YB. Datuk Ts. Mustapha Sakmud. Antara perbincangan dan persoalan yang diajukan oleh pelajar adalah berkenaan isu kebajikan, bantuan, biasiswa serta jaminan peluang kerjaya mereka apabila tamat pengajian nanti. Menurut YBTM, beliau memberi jaminan akan sentiasa memantau dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar Sabah dan akan pastikan walaupun pelajar tinggal jauh daripada keluarga dan merantau ke semenanjung untuk menimba ilmu, pelajar Sabah akan marasai pengalaman belajar yang indah dan manis dan pulang ke Sabah dengan segenggam Ijazah. YBTM turut mengumumkan bantuan dana sebanyak RM5000.00 kepada KEMASIS UMT untuk aktiviti dan program pembangunan pelajar anak Sabah.


