𝐔𝐌𝐓 𝐕𝐨𝐥𝐥𝐞𝐲 𝐑𝐚𝐢𝐡 𝐊𝐞𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤
𝐓𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐢𝐦 – Pasukan Bola Tampar Lelaki Universiti Malaysia Terengganu (UMT Volley) tidak pulang hampa setelah berjaya memahat nama selaku 𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐕𝐨𝐥𝐥𝐞𝐲𝐛𝐚𝐥𝐥 𝐎𝐩𝐞𝐧 𝐈𝐏𝐓 𝐔𝐏𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑 yang berakhir pada 7 Mei yang lalu.
Pada peringkat kumpulan, UMT Volley unggul menerajui carta Kumpulan C apabila muncul selaku johan kumpulan daripada 5 pasukan dan terus cemerlang di peringkat suku akhir dengan membenam UPSI B dengan mata 31-22.
UMT yang dibarisi keseluruhan pemain baru tewas 0-2 di peringkat separuh akhir kepada tuan rumah, UPSI A yang juga merupakan johan bagi edisi kali ini sebelum tewas 1-2 kepada pasukan Politeknik Kota Bharu yang dianggotai beberapa pemain gabungan Politeknik seluruh Malaysia bagi perlawanan penentuan tempat ketiga & keempat .

Kejohanan yang disertai sebanyak 𝟐𝟎 𝐩𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐈𝐏𝐓 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐈𝐏𝐓𝐀, 𝐈𝐏𝐓𝐒, 𝐈𝐏𝐆 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 ini adalah medan untuk menguji pasukan masing-masing sebelum kejohanan utama di peringkat MASUM, MASISWA, IPG dan MSP yang akan berlangsung pada Julai dan Ogos 2023 akan datang.
