Hal Ehwal Pelajar dan Alumni | UMT

PSR Anjur Kursus Pengurusan Acara Kepada Sukarelawan Sukan Antara Fakulti 2023

20 Mei 2023 | Pusat Sukan dan Rekreasi, HEPA dengan kerjasama Majlis Sukan Pelajar UMT telah menganjurkan Kursus Pengurusan Acara kepada Sukarelawan Sukan yang akan menjadi tulang belakang kepada penganjuran Kejohanan Sukan Antara Fakulti 2023 yang akan diadakan pada awal bulan Jun nanti.

Kursus ini dibahagikan kepada 2 slot di mana slot 1 diadakan pada 20 Mei 2023, manakala slot 2 akan diadakan pada 22 Mei 2023 bertempat di Dewan Al-Irfan, Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu. Penceramah bagi slot pengurusan acara merupakan pensyarah universiti iaitu Encik Jassmin bin Johari daripada FPEPS dan slot penjadualan keputusan akan disampaikan oleh Encik Aswardy Hamzah, daripada IMB.

Semoga pelajar-pelajar sukarelawan dapat menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan secukupnya serta mempraktikkan semasa kejohanan SAF yang akan datang.