Di bawah ini di senaraikan fungsi UMT Sailing Centre.
Pusat latihan pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang mula beroperasi 1 Ogos 2019 lalu menjadi platform terbaik dalam melahirkan lebih ramai pelayar pelayar muda di Malaysia. Ianya turut menjadikan universiti terbabit sebagai peneraju program berkaitan pelayaran dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
Selain itu, kewujudan Pusat Latihan pelayaran adalah bertujuan membudayakan pelayaran kepada komuniti di Terengganu amnya terutamanya dalam kalangan pelajar UMT sendiri.
Ianya bermula sebagai salah satu subtopik amali dari subjek Keperlautan yang ditawarkan kepada pelajar dan peyertaan pelajar dalam penganjuran regatta di Malaysia.
Pusat ini juga sedang membangunkan aspek akademik dan kajian dalam bidang pelayaran diperingkat Institut pengajian tinggi selain meningkatkan aktiviti berkaitan pelayaran di dalam program pembangunan belia serta penganjurkan aktiviti komersil dan kursus professional.
Pusat ini turut menjalankan program tanggungjawab sosial Universiti (USR) melalui aktiviti yang dijalankan di komuniti setempat termasuk sekolah rendah dan menengah di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
Nama Rasmi PTJ: Pusat Latihan Pelayaran
Nama Sebutan: Sailing Centre
Bilangan Staf: 7 orang
Penubuhan UMT Sailing Centre merupakan salah satu (1) daripada tujuh (7) Big Idea yang telah dibincangkan semasa ”Retreat Pelan Strategik Lembaga Pengarah Universiti dan Pegawai Utama”, Universiti Malaysia Terengganu pada 25 – 27 Januari 2019 di Putrajaya. Susulan dari itu, satu lawatan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMT dan Naib Censelor UMT ke Pusat Latihan Perahu Layar Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di Duyong Marina Resort telah dijalankan pada 12 Mac 2019 bagi melihat sendiri kemudahan latihan dan peluang kerjasama antara UMT–MSNT untuk menubuhkan UMT Sailing Centre.
Pusat latihan yang sedang dibangunkan di pantai UMT yang berkonsepkan pelayaran santai
Di bawah ini di senaraikan fungsi UMT Sailing Centre.
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA),
Aras 1, Kompleks Siswa,
Universiti Malaysia Terengganu,
21030 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman.