2 Alumni UMT Lulus ShopeeXpert 2021 Dengan Cemerlang

Shopee sebagai platform pembelian dalam talian sudah tidak asing lagi pada masa kini. Boleh dikatakan hampir 80% rakyat Malaysia tahu cara membeli di Shopee. Kebanyakan penjual kedai fizikal (offline), sama ada PKS (Perniagaan Kecil dan Sederhana) atau juga dikenali sebagai Small Medium Enterprise (SME) dan syarikat-syarikat besar turut membuka kedai dalam talian (online) di Shopee bagi meluaskan lagi pasaran, sekaligus memudahkan pembeli membeli barangan mereka. Hampir semua barangan termasuk bahan mentah (Kawasan Lembah Klang) dijual di platform Shopee. Kini semuanya di hujung jari sahaja, anda tidak perlu mencari barangan di kedai fizikal lagi.

Baru-baru ini, Shopee baru sahaja selesai majlis graduasi bagi meraikan kejayaan 13 orang ShopeeXpert yang terpilih bagi ambilan sesi 2022. Tahukah anda bahawa seramai 1638 penjual Shopee telah membuat permohonan untuk mendapatkan gelaran Shopee Certified Trainer atau lebih dikenali sebagai ShopeeXpert, namun hanya 359 penjual sahaja yang terpilih untuk kelayakan ke peringkat pertama.
Untuk makluman anda, ShopeeXpert merupakan satu program khas yang diperkenalkan oleh Shopee. Ia bertujuan memastikan kredibiliti penjual sebagai jurulatih yang bertauliah untuk mengajar dan membimbing penjual yang lain bagi mengembangkan perniagaan mereka di Shopee. Mereka yang lulus dengan cemerlang akan diberi pensijilan jurulatih rasmi Shopee dan boleh dikenali di media sosial melalui lencana ShopeeXpert.
Program ShopeeXpert adalah percuma untuk semua penjual kedai Shopee yang layak. Bagi yang berminat untuk bergelar ShopeeXpert, anda perlu memenuhi syarat kelayakan penyertaan yang telah ditetapkan oleh pihak Shopee. Syarat pertama adalah penjual Shopee mesti mempunyai sekurang-kurangnya 20 purata pesanan harian (ADO) atau RM3 000 purata hasil jualan harian dalam masa 90 hari yang lalu. Syarat kedua adalah penjual Shopee perlu memastikan kadar Penilaian Kedai (Shop Rating) adalah sekurang-kurangnya 4.7 dan keatas.

Sehingga ke hari ini, terdapat dua kali ambilan ShopeeXpert. Ambilan pertama adalah seramai 14 orang, iaitu pada tahun 2020. Manakala bagi ambilan kedua pada tahun 2021, seramai 13 orang ShopeeXpert yang layak.
Untuk pengetahuan semua, sijil ShopeeXpert perlu diperbaharui setiap tahun, dengan syarat penjual memenuhi kriteria minimum pembaharuan pensijilan. Ini adalah bagi memastikan penjual tersebut sentiasa layak dengan ilmu yang terkini untuk mengajar di Shopee.
Secara ringkasnya, setiap calon ShopeeXpert mesti melepasi 3 peringkat ujian yang sukar dengan cemerlang, iaitu MCQ Test, Study Case (Essay Writing) dan Mock Training. Dinyatakan bahawa kadar kelulusan Shopee Certified Trainer pada kali ini hanyalah 0.6% sahaja. Peratusan ini sebenarnya adalah lebih rendah daripada kelayakan kemasukan ke Universiti Harvard. Ini menunjukkan bahawa kesemua 13 ShopeeXpert yang terpilih adalah benar-benar berkualiti dan layak.


Perkara yang lebih menarik dan membanggakan adalah 2 daripada 13 ShopeeXpert yang terpilih pada tahun ini merupakan alumni universiti yang kita sayangi iaitu Universiti Malaysia Terengganu, UMT! Mereka merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian iaitu Muhamad Ridhwan Bin Musa (tahun 2009) dan graduan lulusan Sarjana Muda Ekonomi , Ng Wee Kee (tahun 2017). Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua alumni kita kerana telah mengharumkan nama UMT di platform atas talian nombor satu di Malaysia, Shopee. Semoga kalian berdua terus cemerlang, dapat memberi komitmen jitu dan membimbing lebih ramai usahawan, di samping memberi dorongan dan semangat kepada adik-adik junior di UMT menceburi diri dalam perniagaan di Shopee.
Jom kita kenali profil ringkas 2 alumni UMT yang telah berjaya bergelar ShopeeXpert. Semoga mereka dapat dijadikan idola dan inspirasi bagi pelajar UMT untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan bagi mencapai kejayaan.


Kepada adik-adik yang berminat untuk belajar berniaga di Shopee bermula dari modul kosong hingga mahir secara PERCUMA boleh layari website : https://www.cikgushopee.my
Video Majlis Konvokesyen Shopee Universiti untuk ShopeeXperts
Belajar Shopee Secara PERCUMA di Shopee Universiti



