



Bual Bicara Alumni : Usahawan Digital Bermula di Universiti
Satu program khas Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) bertajuk Program Bual Bicara Alumni UMT Usahawan Digital Bermula di Universiti telah diadakan pada 13 Jun 2022 di Dewan Syed Jalaluddin (DSJ).
Penceramah jemputan En Ridhwan Musa ialah seorang alumni daripada Jurusan Kejuruteraan Perisian yang telah bergraduasi pada tahun 2009. Beliau seorang alumni yang serius berniaga semasa di universiti lagi. Beliau berkongsi pengalaman berharga beliau bagaimana beliau mula berniaga bermula dari bawah di Universiti sehingga berjaya membina legasi perniagaan beliau bersama rakan-rakan iaitu Syarikat Internet Ledakan Digital Sdn. Bhd. Apa yang menariknya, beliau merupakan hasil didikan Dr Noor Azliza, moderator bagi program tersebut.
Beliau juga adalah seorang pelatih berdaftar dari Shopee Universiti yang di kenali sebagai ShopeeXpert. ShopeeXpert adalah program khas dari Shopee untuk mencari pelatih yang dipercayai untuk mengajar ilmu Shopee pada usahawan di luar sana. Kata beliau dari beribu-ribu yang mendaftar hanya 0.6% sahaja yang berjaya lulus dari program tersebut.
Diharap perkongisan dan pengalaman beliau bersama adik-adik di FTKKI akan memberi semangat untuk mereka mula menceburi bidang perniagaan di Universiti seterusnya menjadiakan usahawan kerjaya pilihan.












