๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐’๐€ ๐Œ๐€๐’๐”๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ : ๐”๐Œ๐“ ๐‘๐€๐ˆ๐‡ ๐Ÿ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ‘ ๐†๐€๐๐†๐’๐€

๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ : Kontingen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak pulang dengan tangan kosong apabila 5 pingat telah diraih hasil sumbangan dari pasukan Orienteering dan Woodball.

Pasukan Orienteering UMT cemerlang dengan memungut 1 pingat perak melalui kategori Individu Lelaki dan 2 pingat gangsa melalui kategori Individu Wanita serta kategori Berpasukan Lelaki.

Ratu Woodball UMT , Saudari Nur Ashila Bt Sharnuddin dari Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial – FPEPS UMT juga tidak ketinggalan memahat nama sebagai penyumbang pingat kepada UMT dengan hasil 1 pingat perak pada kategori Individu Wanita dan memacu kategori Berpasukan Wanita untuk memiliki 1 pingat gangsa.

Kejohanan yang berlangsung pada 14-18 Jun 2023 di UniSZA ini telah disertai 13 Universiti Awam seluruh Malaysia dan Majlis Penutup dan Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Datoโ€™ Dr. Pekan bin Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan KPT.

ms_MYMS