𝟗𝐓𝐇 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐎𝐑 𝐀𝐑𝐂𝐇𝐄𝐑𝐘 𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍𝐒𝐇𝐈𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟑 :

𝑇𝑅𝐼𝑂 𝑀𝐸𝑀𝐴𝑁𝐴𝐻 𝑊𝐴𝑁𝐼𝑇𝐴 𝑈𝑀𝑇 𝐵𝐼𝐷𝐼𝐾 𝐺𝐴𝑁𝐺𝑆𝐴 𝐷𝐼 𝐵𝑈𝑀𝐼 𝑀𝐸𝐿𝐴𝐾𝐴

𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐚𝐧𝐠 – Perjalanan jauh hampir 500km dari Terengganu ke Melaka ternyata berbaloi buat pasukan UMT Archery Club (UMTAC) apabila gandingan Dr. Yosie Andriani HS (IMB), Dr. Mok Wen Jye (IMB) dan Nor Faizah Adam (FTKKI) menggapai pingat gangsa dalam kategori Berpasukan Wanita (Recurve).

Trio gangsa UMT ini menewaskan pasukan MATRAC 2 di peringkat penentuan pingat gangsa.

“Pasukan kami tidak akan berhenti di sini dan akan terus cuba mengharumkan citra UMT di arena sukan memanah” ujar Encik Kamal Talib yang merupakan jurulatih pasukan UMTAC.

Kejohanan edisi ke-9 ini dianjurkan oleh Persatuan Memanah Negeri Melaka dan disertai oleh kelab memanah seluruh negara.

ms_MYMS