𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟑 : 𝐔𝐌𝐓 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝟐 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝟑 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀

𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐍𝐞𝐫𝐮𝐬 : Kontingen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak pulang dengan tangan kosong apabila 5 pingat telah diraih hasil sumbangan dari pasukan Orienteering dan Woodball.

Pasukan Orienteering UMT cemerlang dengan memungut 1 pingat perak melalui kategori Individu Lelaki dan 2 pingat gangsa melalui kategori Individu Wanita serta kategori Berpasukan Lelaki.

Ratu Woodball UMT , Saudari Nur Ashila Bt Sharnuddin dari Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial – FPEPS UMT juga tidak ketinggalan memahat nama sebagai penyumbang pingat kepada UMT dengan hasil 1 pingat perak pada kategori Individu Wanita dan memacu kategori Berpasukan Wanita untuk memiliki 1 pingat gangsa.

Kejohanan yang berlangsung pada 14-18 Jun 2023 di UniSZA ini telah disertai 13 Universiti Awam seluruh Malaysia dan Majlis Penutup dan Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Pekan bin Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan KPT.

ms_MYMS